Sulit
4 tahun
Adakah saya pragnent
Saya wanita yg berusia 25 tahun… Dan saya merasa seolah saya prgnent Dan last period sy pda 19.ogos.2019 manakala pulak sejak akhir2 ini perut sy kram dbhgian rhim sy dn akan ada tatkalanya merasa pening kepala apakah saya prgnent doktar
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, kehamilan akan disyaki jika haid lewat seminggu daripada tarikh yang sepatutnya haid anda tiba. Anda boleh menggunakan ujian kehamilan untuk mengenal pasti terlebih dahulu.
Justeru itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.