
Sulit
4 tahun
Adakah saya pregnant atau tidak?
Saya umur 24 tahun, circle period 29hari, period normal. Last period 11/11-16/11, sepatutnya next period 10/12-15/12 tapi deley dah 5 hari. Saya ada check upt pada 12/12 double line tapi samar, next upt 13/12 negatif, pagi 15/12 punya upt naik samar jugak, harini 15/12 petang ada darah warna brown keluar macam period. Biasa kalau period adaa tanda darah setitik dua, then baru keluar banyak. Dalam tempoh seminggu ni breast bengkak so sakit sangat-2 kadang tu sampai menyucuk-2 rasa, selalu rasa cramp, ngilu dekat bawah abdomen dan kat pinggang. Badan pun nampak lain tapi berat still sama dari sebelum ni. Bilaa post gambar pun orang akan tanya dah pregnant kee ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerungsingan yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk makluman anda, masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid.
Kebanyakan wanita yang cuba untuk menjadi hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- Chemical pregnancy
- Ubatan
Mengenai masalah sakit perut yang anda hadapi, ianya memerlukan maklumat lanjut seperti rekod kesihatan dan pemeriksaan susulan bagi mengetahui penyebabnya. Bagaimanapun, sakit perut bawah boleh berpunca daripada:
- Sakit haid
- Appendicitis (keradangan apendiks)
- Keracunan makanan
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi keterangan dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih