
Sulit
3 tahun
Adakah saya sudah mempunyai asma?
Saya lelaki 25tahun. Saya ada masalah bila hirup udara sejuk n waktu sejuk hari hujan. Dada rasa mcm ketat pastu xselesa nak bernafas. Td saya hidu asap mancis terus saya mcm sesak nafas.nak bernafas tu mcm berat je. saya sapu dada dengan minyak angin n berehat.skrg dh ok sikit.tapi nafas saya tiada bunyi(bunyi siyul tiada). Batuk2 pun tiada. Simptom yg ade cuma hingus hijau pekat Kadang2 berbau busuk n turbinate hidung kadang bengkak.kadang bengkak belah kiri,kadang bengkak belah kanan.adakah itu tanda saya ada asma?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda mempunyai masalah ketidakselesaan bernafas dan ingin mengetahui sama ada ianya asma. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ketidakselesaan bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:
- masalah pada hidung - selesema, resdung
- alahan
- gangguan emosi
Akan tetapi, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- masalah pada hidung - polip hidung, ketumbuhan
- masalah pada paru-paru -pneumonia, asma (biasanya terjadi pada pesakit yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit asma)
- masalah pada jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.