hrrslqmn
5 tahun
Adakah saya telah dijangkiti virus corvid 19?
saya lelaki berumur 26 tahun. Terpaksa bekerja ketia kawalan sekatan. Saya terpksa pergi 6-7 tempat setiap hari kerana saya pembekal makanan kering. Hari ini 20/3/2020 tiba tiba selsema dan rasa macam nak demam, tiada batuk dan kesukaran bernafas. Adakah saya perlu ke hospital dengan segera ?
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19. Berdasarkan simptom anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.





































