
Sulit
4 tahun
Adakah saya terkena AIDS/HiV atau apa sebenarnya masalah.petnah buat full blood profile termasuk hiv test & canxer maker
Selalu rasa kebas kaki tangan, sakit kepala yang sangat kuat datangpergi sehingga rasa pening/berpusing,selalu rasa demam sejuk, selalu rasa ngantuk, sesak nafas, dada sebelah kanan selalu rasa dicucuk atau ditekan, penglihatan semakin kabur, tulang belakang selalu rasa seperti ditekan jika duduk atau baring lama dalam satu posisi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pening kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
HIV tidak menunjukkan sebarang simptom tertentu kerana ia melibatkan daya tubuh badan yang lemah secara am. Untuk kepastian lanjut, anda digalakkan agar membuat ujian pemeriksaan HIV.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.