Sulit
5 tahun
Adakah scabies juga tidak mendatangkan sebarang kegatalan?
Selamat tengahari Dr. Ini kali kedua saya bertanya soalan… Beberapa hari yang lalu, saya mendapati kulit saya mengalami ruam merah pada tangan juga merebak ke bahagian kaki dan seterusnya dibeberapa bahagian badan. Saya juga sudah mendapatkan rawatan. Dr mengatakan saya mengalami scabies atau kudis buta yg menyebabkan kegatalan teruk trutama diwaktu malam atau slpas mandian air panas. Kemusykilan saya tentang scabies ini, Adakah scabies ini juga TIDAK mendatangkan sebarang kegatalan pada individu yg dijangkitki? Memandangkan saya langsung tidak mengalami sebarang kegatalan walaupun sudah hampir seminggu. Ubat pil untuk kegatalan juga saya tidak makan memandangkan dimakan bila perlu atau terasa gatal sahaja. Untuk saat ini saya cuma memakai ubat sapuan krim yang diberikan untuk hilangkan scabies tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kudis buta atau ‘Scabies’ merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit di mana ia dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Untuk makluman pihak anda, kudis buta boleh disebabkan oleh pendedahan kepada kutu kudis ini walaupon dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit. Gejala gatal mungkin tidak ada pada kudis buta yang berkerak kerana status imun pesakit yang berubah atau keadaan neurologi. Oleh itu anda perlu sentiasa berwaspada dan teruskan rawatan sehingga sembuh.
Terdapat beberapa simptom dan tanda yang akan dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah:
- Ruam pada pada beberapa kawasan badan
- Kulit menjadi tebal dan kehitaman disebabkan keradangan yang kronik
- Rasa gatal yang teruk. Ia akan membuat seseorang pesakit untuk sentiasa menggaru kawasan tersebut
- Ruam tersebut mempunyai terowong kecil. Disitulah parasit scabies menetap
Namun, ada beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama seperti masalah kudis buta ini. Penyakit tersebut adalah:
- Penyakit Chicken pox(cacar air)
- Gigitan kutu katil(beg bud)
- Dermatitis
- Ekzema
- Penyakit kaki tangan dan mulut
- Demam campak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































