
Sulit
3 tahun
Adakah sedikit sperm mampu menyebabkan kehamilan
Dr, saya umur 25. Saya tak sempat untuk ambik ubat perancang. Saya mengalami sembelit, kembung perut, muntah waktu malam, dan ada kala pening. Saya belum lagi sampai waktu untuk kitaran haid seterusnya dan ketika bersama adalah bukan pada waktu subur (bukan hari 14 tetapi lebih awal lgi). Alat sulit juga tak bersentuhan cuma kami melakukan yang selain itu. Cuma selepas selesai. Selang beberapa minit,secara tak sengaja tangan dia tersentuh sedikit sperm dan menyentuh di kemaluan saya. Adakah kebarangkalian untuk pregnant itu ada? Walaupun sperm tersebut berada di luar beberpa minit?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, risiko untuk hamil adalah rendah jika lelaki yang mempunyai air mani di tangan memasukkan ke dalam faraj. Sperma juga boleh hidup selama 15-30 minit di atas permukaan kulit dan boleh hidup selama 5 hari dalam sistem reproduktif wanita.
Saya sarankan anda untuk menggunakan perlindungan jika anda ingin melakukan seks dan tidak bersedia untuk kehamilan. Anda juga disarankan untuk melakukan ujian kehamilan jika haid tidak datang melebihi 2 minggu.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.