Sulit
2 tahun
Adakah selamat untuk keguguran
hi doctor, saya mempunyai teman wanita berusia 23. kami telah menjalinkan hubungan tanpa sebarang perlindungan pada 26/2 dan pada 2/3 teman wanita saya telah mengalami symtoms kehamilan seperti mual dan sakit pinggang. Namun, teman wanita saya masih belum melepasi tarikh haid dia. adakah selamat untuk melakukan proses keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab munasabah merupakan kesalahan undang-undang di Malaysia dan boleh disabitkan kesalahan sekiranya ditangkap.
Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi yang membolehkan anda menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Terdapat beberapa risiko pengguguran kandungan sekiranya dilakukan:
- Keguguran yang tidak sempurna (incomplete abortion) dan kemudiannya memerlukan pembersihan melalui pembedahan
- Pendarahan yang banyak
- Kehamilan akan terus berlaku sekiranya proses pengguguran gagal
- Risiko untuk mendapat jangkitan pada rahim
- Ketidakselesaan perut
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.