zuniey17
5 tahun
Adakah simptom Covid 19 hampir sama dengan simptom GERD?
Saya pernah mengalami masalah sesak nafas sebelum ini. Tapi atas nasihat kawan yang pernah mengalami GERD, saya ubah gaya hidup dengan menurunkan berat badan melalui senaman dan mengawal pemakanan saya. Tetapi semenjak wabak Covid 19 ini melanda, saya sering rasa risau yang keterlaluan menyebabkan dada saya sering berdebar-debar sehingga timbul rasa sukar bernafas. Adakah gejala GERD boleh kembali timbul disebabkan tahap ‘anxiety’ saya sekarang yang tinggi. Terima kasih Doktor.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, GERD atau gastritis boleh terjadi apabila terdapat faktor stress, pengambilan kafein, tidak bersenam, makan terlalu laju dan sebagainya. Bagi masalah dada terasa berdebar-debar pula, ia boleh memberi gambaran kepada pelbagai masalah seperti masalah jantung dan juga paru-paru.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































