
Sulit
4 tahun
Adakah sy mengalami anxiety
Hi doktor. Sy wanita berumur 23 tahun. Pd akhir thn 2019, sy mengalami pening yg amat Sgt membuatkn sy mengalami ksukaran utk duduk dn bdiri kerana dunia sperti brpusing2. Bila dh reda sdkit,sy pun prgi ke hospital utk check up kerana takut kalau drah tinggi @ vertigo… ttpi pihak hospital menyatakn sy bukn mengalami vertigo Dan darah sy dthap normal.tiada kaitan dengan vertigo.jd,sy buat tak kisah.sy hanya anggap pening biasa. Jd, sy mnjlni rutin hari an sprti biasa… Wlaupun masih terasa di awang-awangan… Smkin hari… Smkin terasa lain.kdg2 rasa takut, nervous membuatkn sy rasa ttiba pening rasa dunia berpusing, brpeluh mcm bt kerja berat wlaupun drumh… Jantung berdebar… Tgn bergetar. Membuatkn Prestasi kerja Smkin mnurun.kdg2 sperti byak berfikir.otak serabut. Pdahal sy tidak tahu apa yg sy tgh fikir. Hampir setiap hr sy pening… Yang membezakan hanya kuat Dan xkuat. Sy dah tak tahan Dan xkuat nk mghadap pening hari2. Mcm mana sy nak mengatasi masalah sy… Sy dh buntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (Kekurangan darah)
- Insomnia
- Hypotension
- Masalah hormon tiroid
- Anxiety
- Agarophobia (perasaan cemas semasa berada di luar)
- Panic attack
Anda dinasihatkan untuk:
- Mendapat tidur yang cukup
- Mengambil diet makanan yang berkhasiat terutamanya makanan yang mengandungi iron (sayur-sayuran).
- Elakkan bahan yang mengandungi kaffeine kerana ianya akan menyebabkan sensasi kecemasan.
- Mendapat nasihat daripada pakar psikiatri sekiranya perasaan cemas atau panik ini semakin buruk.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.