
Sulit
3 tahun
Adakah sy perlu rujuk pakar
hi. last period sy pertengahan bulan 5, bulan 6 ni masih belum period… tp sy ada test HCG, result double line, itu tanda hamil ke? sbb sy ada alami cramp bawah perut sakit macam senggugut mcm tu, nipple sy juga sakit… sy confuse sbb pengambilan mknn sy brubah skrg byk mkn midnight, karbonat, pedas… sy xtahu sama ada sy pregnant atau perubahan hormon shj?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat dan upt positif.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mendapatkan hasil keputusan yang paling tepat, sebaiknya ujian kehamilan dibuat di klinik. Namun besar kemungkinan anda hamil adalah tinggi memandangkan ujian kehamilan positif.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.