
dania94118
5 tahun
Adakah tanda saya hamil?
Hai doc saya berumur 25tahun, sekrg saya lewat haid selama 6 hari… tapi saya ada tnda seperti loya, pening, perut kurang selesa , sakit pinggang,ada masa nak pitam, dah kaki saya seperti bengkak tapi tidak sakit, dan kdg2 keluar keputihan tidak bnyk tpi seperti susu pekat saya saya juga ada mek upt tpi masih -ve… apa perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Hamil
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Bagi mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak, anda boleh terus ke klinik bagi ujian lanjut. Gejala-gejala yang anda hadapi boleh disebabkan banyak perkara termasuk kehamilan.
Konsultasi lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.