
Sulit
4 tahun
Adakah ubat loratadine mampu menghentikan berdarah hidung?
Saya seorang lelaki beumur 40 tahun . soalan saya ialah adakah ubat loratadine mampu menghentikan berdarah hidung dan memulihkan luka dalam hidung serta sakit kepala? jelaskan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu luka dan pendarahan hidung.
Ubat loratadine jarang digunakan untuk menghentikan pendarahan hidung dan luka dalam hidung serta sakit kepala. Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang kondisi anda sebelum dapat membuat apa apa kesimpulan
Pendarahan hidung berpanjangan? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.