
Sulit
4 tahun
Adakah vitamin c merupakan toksid kepada pesakit hiv
saya ingin mengetahui samaada adakah vitamin c adalah toksid atau tidak kepada pesakit hiv. apakah pantang larang bagi seorang pesakit hiv walaupun telah undetected untuk terus kekal sihat? adakah simptom-simptom awal semasa hiv dikesan akan berulang kembali kepada pesakit hiv?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, vitamin C boleh diambil sebagai supplemen terutamanya kerana anda dalam status HIV ‘undetected’ sekarang. Elakkan berkongsi jarum atau melakukan hubungan seks tanpa perlindungan untuk mengelakkan daripada mendapat HIV sekali lagi. Sekiranya bilangan virus bertambah lagi pada masa hadapan, anda mungkin mengalami simptom-simptom awal HIV.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.