
Sulit
4 tahun
Adakah zakar saya bermasalah?
Cepat pancut. Tegang dan kenudian menurun semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda mungkin mengalami masalah ejakulasi pramatang yang boleh disebabkan oleh:
Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
Mengurangkan kekerapan masturbasi.
Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika suami anda melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.