
Sulit
4 tahun
Adalah kesan postinor 2 masih kekal jika selepas melakukan hubungan seks pada hari kedua setelah memakan pil tersebut?
Semalam saya melakukan hubungan intim bersama isteri saya dan isteri saya memakan pil postinor 2 dan hari ini kami melakukan lagi hubungan intim. Perlu ke isteri saya mengambil pil yang seterusnya ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan anda, pengambilan Postinor 2 boleh diambil terus selepas hubungan kelamin selagi ianya dalam tempoh 72 jam. Ia juga masih efektif dalam tempoh 72 jam tersebut jika anda mengadakan hubungan kelamin dalam jangak masa tersebut. Sebaiknya, anda dan pasangan mengamalkan kaedah perancangan yang bertindak dalam jangka masa panjang berbanding mengunakan pil perancang kecemasan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan ingin bertanya secara privasi, anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih