
Sulit
4 tahun
Ade benjolan Dan terasa gatal yg teramat d bahagian dubur
Saya lelaki berumur 21 selama saya makan ubat hiv tetapi kenapa saya masih mengalami ketuat atau benjolan di bahagian dubur sya Dan kerap mengeluarkn air atau lendir Dan ia menyebabkan kegatalan Yang teramat sangat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada kawasan dubur anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dan bernanah
- Buasir yang dijangkiti kuman
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Penyakit radang usus
- Kanser dubur
Sekiranya masalah benjolan pada dubur anda berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.