mazlinamddaud
6 tahun
Adik telah dikuarantin di Hospital Angkatan Tentera. Perlu ke saya juga buat saringan Covid-19?
Hi, Doctor…saya dah adik saya baru pulang dari Korea Selatan pada 29 Feb 2020. Hari ini, adik saya telah di kuaratin di Hospital Angkatan Tentera akibat batuk. Sebelum ini saya telah ke Hospital Shah Alam, tapi disuruh pulang tanpa sebarang pemeriksaan dengan alasan tiada sebarang simptom.
Apa saya perlu buat sekarang?
Terima kasih.
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, kuarantin hanya dilakukan jika anda mengalami sebarang gejala seperti jangkitan COVID-19 seperti demam, batuk, sakit tekak & kesukaran pernafasan. Walaupun terdapat ahli keluarga rapat/ kontak yang telah dikuarantin, jika mereka masih belum disahkan positif terkena akan jangkitan ini, sebarang ujian pengesahan (PCR) atau kuarantin tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika anda tidak mengalami sebarang gejala.
Buat masa sekarang, anda boleh melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































