elizmoz86
4 tahun
Advice - Kitaran Haid
Sy berumur early 30. Sy sedar sejak berumur 30 ni kitaran haid sy semakin tidak teratur. Sebelum ini memang tidak pernah berlaku. Kadang2 tidak ada smpai 2,3 bulan. Namun semasa ia berlaku (Haid), sy tidak mengalami sengugut yang teruk…hanya sakit biasa. Dan aliran normal sahaja iaitu selama 5-7 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan haid tidak datang sehingga 2-3 bulan, dikhuatiri ini tergolong sebagai tidak normal. Haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengenalpasti punca penyakit anda, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.