Sulit
4 tahun
Agak sulit berkaitan akhil baligh
saya lelaki berusia 15 tahun, setiap kali saya mimpi basah saya tidak akan bermimpi melakukan seks dengan perempuan, saya akan bermimpi melakukan mastubrasi menggunakan suatu objek. Adakah mimpi basah saya tersebut normal? Adakah saya mempunyai masalah psikologi ? adakah mimpi basah tersebut bermaksud saya ketagih melakukan mastubrasi atau bermaksud saya mempunyai nafsu terhadap objek yang saya mimpikan itu? Mohon penerangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini.
Untuk pengetahuan anda, jika kita terlalu memikirkan sesuatu sebelum tido, ia juga mampu membuatkan seseorang itu mimpi tentang perkara yang difikirkan. Berdasarkan keterangan anda, mimpi basah normal selagi mana anda mengeluarkan air mani ketika bermimpi.
Berkaitan dengan mimpi, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana ia diluar kepakaran saya. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































