
Sulit
5 tahun
Ahli keluarga berdegil membasuh tangan Tanpa sabun
Seorang ahli keluarga yang merupakan warga emas yang tinggal bersama saya berdegil untuk tidak menggunakan sabun Dan mencuci tangan sekadar menggunakan air panas solar. Beliau berpendapat air panas mampu membunuh kuman. Bolehkah air panas solar atau air dari mesin pemanas untuk Mandi tanpa sabun membunuh virus? Bukankah air panas di mana suhunya masih mampu disentuh tidak memadai untuk membunuh virus?
Beliau juga Tidak mengendahkan penggunaan hand sanitizer atau mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat . Dia kerap keluar rumah ke pasaraya tetapi tidak basuh tangan dengan sabun atau mandi Lepas balik. Bahkan dia menggunakan fungsi vacuum terbalik untuk meniup dirinya setelah balik yang memungkinkan virus disebar ke udara. Bolehkah dia digertak sesiapa?atau dinasihati doktor?
Saya Akan cuba menasihati beliau meneliti respon doktor. Ribuan terima kasih
Penghuni Yang resah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda harus jelaskan kepada ahli keluarga anda ini bahawa air panas yang digunakan untuk mandi tidak membunuh virus ini. Hal ini kerana virus ini cuma mati pada suhu yang amat tinggi, melebihi suhu air dari mesin pemanas. Sabun membantu membasmi virus ini kerana sabun boleh memecahkan lapisan luar virus ini lalu menghapuskannya. Nasihat ini harus disampaikan oleh anda atau anda boleh cuba merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini