
abangmaster24
4 tahun
Air kencing keluar bersama batu putih tajam
Maaf bertanya lagi,setiap kali kenncing saya rasa sakit di zakar,apabila air kencing keluar,ia keluar bersama batu putih yang tajam,selain membuang batu karang secara pembedahan,apakah cara lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah buang air kecil yang anda hadapi. Gejala kencing sedikit ini boleh disebabkan oleh masalah serius atau tidak. Oleh itu, kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana masalah ini boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah