Sulit
5 tahun
Air Kencing terkeluar selepas kencing
Salam sejahtera doktor, saya lelaki 22 tahun. Selepas saya kencing, beberapa minit kemudian, saya dapati ada air kencing keluar bila saya tgh duduk atau melakukan beberapa pergerakan seperti solat. Warna air kencing saya normal dan tak pernah keluar darah serta tak pernah rasa sakit…apakah punca kencing saya menitis selepas kencing? adakah ada kaitan dengan masalah prostat atau pelvic floor muscles?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti apa yang anda kemukakan di atas. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































