
Sulit
4 tahun
Air kencing tidak keluar
Saya wanita berusia 29 tahun.Untuk makkuman doktor…saya baru sahaja melahirkan baby secara pembedahan…masalah yg saya saya hadapi ialah kalau hendak membuang air kecil…air kecil tidak keluar…boleh saya tahu apa sebab…dan bagaimana cara untuk megatasi masalah tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Karang yang menyekat saluran kencing
- Komplikasi disebabkan oleh pembedahan
- Stres atau takut untuk membuang air kecil
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor dengan segera kerana kami bimbang ia boleh membuat keadaan melarat. Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Terdapat darah keluar daripada faraj
- Kencing bercampur nanah atau berbau busuk
- Lesu
- Pitam
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.