
zairinzairin15
5 tahun
Air ketuban berlebihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya azie dan umur saya sekarang ialah 28 tahun. Saya sedang mengandungkan anak pertama dan usia kandungan saya ialah 28 minggu. Baru-baru ini (ketika kandungan berusia 27 minggu), saya telah buat detail scan untuk bayi. Keputusan detail scan menunjukkan bayi saya mempunyai masalah :
- Jantung berlubang
- Saiz tubuh bayi yang kecil
- Tulang bayi pendek
- Air ketuban berlebihan
Doktor risau jika air ketuban berlebihan itu adalah petanda kepada keabnormalan bayi dan telah memberi cadangan kepada saya untuk membuat ujian chromosome dengan cara mengambil sampel air ketuban. Tetapi, doktor tidaklah terlalu memaksa saya untuk membuat ujian tersebut dan meminta saya berbincang dengan suami sama ada hendak buat atau tidak ujian tersebut. Masalah saya sekarang ialah saya risau memikirkan risiko setelah mengambil ujian itu nanti kerana antara risikonya ialah keguguran. Jadi, saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada doktor iaitu :
ADAKAH SAYA PERLU MEMBUAT UJIAN TERSEBUT ?
SELAIN DARI KEGUGURAN, APA LAGI RISIKO YANG SAYA BOLEH DAPAT JIKA MEMBUAT UJIAN TERSEBUT?
APAKAH NASIHAT DOKTOR JIKA SAYA AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK MAHU MEMBUAT UJIAN TERSEBUT?
DAN APAKAH KEBARANGKALIAN UNTUK MENDAPAT BAYI ABNORMAL ADALAH TINGGI?
Setakat ini, itu sahaja masalah dan persoalan saya. Mohon doktor boleh beri pencerahan kepada saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hasil skan kehamilan baru baru ini. Para doktor menyarankan anda untuk melakukan ujian kromosome berkemungkinan mereka mengesyaki anomali kongenital yang boleh dikesan dengan lebih tepat menguankan kaedah tersebut.
Namun begitu, hasil daripada penyiasatan tersebut tidak semestinya terdapat keabnormalan.Terdapat juga beberapa risiko air ketuban banyak(polyhydramnios) iaitu :
- Bersalin ketika belum sampai waktunya
- Kelahiran Pramatang
- Pertumbuhan janin yang berlebihan
- Gangguan plasenta (plasenta yang terlepas dari dinding rahim sebelum anda melahirkan bayi)
Oleh itu anda amat disarankan untuk berbincang dengan doktor obstetrik dan bincangkan lebih lanjut terutamanya mengenai risiko dan faedah ujian kerana ia sangat khusus.
Sekiranya anda memutuskan untuk tidak menguji, anda perlu bersiap sedia dengan hasil dari kehamilannya pada masa akan datang. Ujian juga akan membolehkan doktor menyediakan keperluan untuk bayi jika memerlukan sebarang prosedur atau keperluan khas semasa dan selepas kelahiran.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.