Sulit
6 tahun
Air liur bercampur darah
Hi . Slmt mlm … sy baru je lepas menjalani pembedahan apendiks pada tahun lepas dan kini pembedahan itu sudah hmpir setahun … saya ingin bertanya , mngapa pada setiap pagi bila sy ludah je i liur , i liur tu akan bercmpur dgn darah ? Bnda ni berlaku slps sy mnjalani pembedahan … bnda ni jgk brlaku dalam sminggu hmpir 3x …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air liur kemerahan (atau berdarah) boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan gusi
- Ulser mulut
- Jangkitan kulat
- Masalah pembekuan darah
- Akibat sesetengah ubat seperti aspirin
- Kanser seperti kanser oral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































