
adibafhamyusof875
5 tahun
Air Liur Berlebihan AKA Drooling
Saya lelaki berumur 22 tahun dan saya mengalami air liur berlebihan. Jadi soalan saya, bagaimana solusi yang perlu saya lakukan bagi mengatasi masalah ini? Apa ubatan yang boleh saya dapatkan? Terima kasih kerana meluangkan masa meneliti soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air liur berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelainan neuromuskular/ saraf
- Hipersekresi akibat keradangan, sesetengah ubatan, GERD, toksin (biasanya terdedah akibat kerja)
- Kelainan anatomi seperti pembesaran lidah, masalah gigi dan kesan kelainan kepala-leher
Melihatkan masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit lain yang mungkin lebih kompleks, anda pengubatan bagi masalah liur berlebihan adalah tidak direk (tidak langsung). Penyakit dasar seperti yang disenaraikan diatas harus diatasi dan dirawat terlebih dahulu.
Untuk merujuk doktor, ataupun mendapatkan info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.