
Sulit
5 tahun
Air Mani berchampor darah
Hi tuan Doktor saya berumur 51tahun mengalami sperma berchampor dgn darah…cuma saya tiada tanda bengkak atau terasa sakit pada pundi kencing atau bersama isteri…cuma air klimarks yg keluar Ada darah…Dan saya juga tiada berasa sakit pun pada buah pingang…kencing ok…tiada kesakitan lawas…
Cuma minta nasihat tuan Doktor Dan apakah rawatan yg sesuai bagi saya tuan…
Sekian terima kasih.
En… Shahrom…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, air mani bercampur darah boleh disebabkan oleh:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.