
Sulit
4 tahun
Air mani & emergncy pil
Hi doc . Boleh ka wanita pregnant jika air mani lelaki terkeluar dan terkena pada di bibir vagina?
selain itu boleh ka ambil emergncy pil dan apakah kesan selepas mengambil pil tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda.
Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi. Mungkin tidak, tetapi ia bukanlah mustahil. Peluang anda untuk hamil juga bergantung kepada berapa pendek kitaran haid dan berapa panjang tempoh haid anda berlangsung.
Berkenaan dengan pil perancang kecemasan, anda boleh mengambilnya setelah berhubungan seksual tanpa perlindungan untuk mencegah kehamilan. Kaedah perancangan ini disyorkan hanya untuk kecemasan setelah berhubungan seksual, maka tidak disarankan untuk penggunaan yang kerap. Sesetengah wanita mengalami kesan sampingan seperti kitaran haid terganggu tetapi ianya berlaku untuk beberapa ketika sebelum semuanya kembali seperti biasa semula.
- Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambilnya, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh.
- Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi