
Anonymous
5 tahun
Air mani kelua dari kemaluan
Saya lelaki berusia 20an mengalami masalah di mana terdapat cecair putih kelua dari kemaluan saya selepas saya beronani. Saya tidak mengalami apa-apa pedih semasa hendak membuang air kecil. Cecair tersebut masih keluar walaupun selepas sehari saya beronani.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan klamidia/gonorrhoea/trikomonas
- Jangkitan saluran air kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.