
Sulit
4 tahun
Air mani keluar selepas bersama adakah saya boleh hamil atau tidak?
saya ingin bertanya . setiap kali bersama selepas suami mengeluarkan zakar air maninya jugak keluar . adakah peratusan saya untuk mengandung susah?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk air mani keluar selepas anda bersama dengan pasangan dan hal ini adalah bergantung kepada individu, struktur organ kelamin wanita, jumlah air mani, posisi dan kedudukan badan. Walaubagaimanapun, hal ini hanya memberikan sedikit peratusan kepada peluang yang rendah untuk hamil kerana apa yang penting untuk wanita hamil adalah kesihatan dan jumlah air mani pasangan lelaki, kesuburan wanita, dan “timing” hubungan dilakukan ketika wanita sedang subur (hari ke 14-16 kitaran haid).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.