
Sulit
5 tahun
Air mani keluar sendiri ketika tidur
hello doc, sy lelaki 20 an,saya mengalami masalah air mani keluar ketika sedang tidur…sebulan boleh dikatakan 5 kali keluar…apakah masalah sy doctor,dan apakah ada cara untuk merawat?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk lelaki mengalami mimpi basah dimana air mani boleh keluar sendiri ketika sedang tidur. Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Ubatan
- Masalah prostat
- Masalah saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.