
Sulit
3 tahun
Air mani kurang dan sedikit cair
Saya lelaki berumur 25 tahun, kahwin selama 2tahun lebih.saya masih tidak punyai zuriat.semase besame, saya tidak dapat beri kepuasan kepade pasangan kerana pacutan telalu awal.Apekah yang saya patuk lalukan untuk menerime zuriat dan menberi kepuasan terhadap pasangan yang lebih lama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Azoospermia di mana terdapat sangat sedikit atau tiada sperma di dalam air mani
- Masalah ejakulasi pramatang
- Mati pucuk
- Masalah psikologi:
- Tekanan emosi atau stres
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Merokok
- Mengambil minuman beralkohol
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh melakukan beberapa perkara ini sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kehidupan seksual yang sihat:
- Berbincang denga pasangan anda mengenai masalah yang dihadapi
- Menggunakan alat bantuan untuk memastikan anda dan pasangan anda menikmati dan kepuasan berhubungan
- Pastikan anda, pasangan dan persekitaran selesa
- Tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan seksual dan pastikan anda mengawal ritma dan pernafasan
- Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan mengambil diet yang seimbang
- Berjumpa dengan doktor sekiranya perkara ini berlarutan dan mengganggu prestasi dan hubungan antara anda dan pasangan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.