
Sulit
5 tahun
Air mani sering keluar
Kebelakangan ni , saya sering keluar dengan tunang saya, dan bila sahaja keluar , air mani sentiasa keluar. Kerana saya cepat stim. Memang dulu saya selalu onani. Mungkin disebabkan itu saya jadi begini. Ada jalan penyelesaian ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketika berahi ataupun teransang
- Selepas buang air kecil
- Ketika tidur dan mimpi basah
- Keradangan prostat
- Masalah urat saraf
- Kesan sampingan ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.