Sulit
4 tahun
Air mani suami keluar terus selepas ejaculate
hi, adakah normal jika air mani keluar terus selepas suami ejaculate? and air mani akan lebih banyak keluar selepas penis dikeluarkan.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk air mani keluar selepas anda bersama dengan pasangan dan hal ini adalah bergantung kepada individu, struktur organ kelamin wanita, jumlah air mani, posisi dan kedudukan badan. Walaubagaimanapun, hal ini hanya memberikan sedikit peratusan kepada peluang yang rendah untuk hamil kerana apa yang penting untuk wanita hamil adalah kesihatan dan jumlah air mani pasangan lelaki, kesuburan wanita, dan “timing” hubungan dilakukan ketika wanita sedang subur (hari ke 14-16 kitaran haid).
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

































