
Sulit
4 tahun
Air mani tak keluar ketika klimax,keluar bila buang air besar,saya ada diebetis Pernah operate hernia Dan pernah history sakit batuk kering
Saya berumur 38 tahun ,berkahwin 6 tahun tiada zuriat masalah ini berlaku 2 tahun lepas setelah sy buat operate hernia pada kerandut sblh kanan .adakah saya alami pancutan deley dan airmani masuk saluran kencing .bole doktor saran kan hospital atau klinik mana saya harus rujuk dan apakah punca dan rawatan yg sesuai untuk masalah saya .terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian. Namun begitu, kenyataan yang diberikan memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Berkenaan dengan servis rawatan atau konsultasi, anda boleh pergi ke mana-mana klinik atau hospital untuk memberitahu doktor mengenai masalah anda. Anda juga boleh menghubungi kami di DoctorOnCall untuk bertanya dengan doktor kami mengenai masalah anda.
Terdapat beberapa punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Masalah psikologi:
- Stres
- Kemurungan (Depression)
- Keresahan (Anxiety)
- Kencing manis
- Masalah saraf
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Rawatan untuk masalah anda pula bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor dan setiap diagnosis mempunyai rawatannya yang tersendiri.
Buat masa ini, anda boleh lakukan perkara ini:
- Kawal tahap gula di dalam darah anda
- Mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan kawal pengambilan makanan
- Pastikan anda tenang dan relaks sebelum memulakan hubungan intim bersama isteri
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.