
Sulit
3 tahun
Air Mani tiada sperm
Suami berumur 45 tahun. Berpenyakit kencing manis dari muda, darah tinggi, buah pinggang & gaut. Suami ada masalah retrograde ejaculation. Setahun yg lepas kami pernah mempunyai zuriat dengan cara normal malangnya anak itu meninggal secara tiba2. Suami baru lepas kemalangan & selepas itu melalui beberapa Kali operation. Baru ni buat biopsi & doktor tidak menjumpai sperma Dan sell itu berparut2 & seperti dah lama tidak produce sperm. Adakah keadaan ini boleh dirawat.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami suami anda mempunyai masalah ‘azoospermia’ iaitu tiada sperma semasa ejakulasi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ‘azoospermia’ ini mempunyai banyak puncanya dan ada diantaranya yang boleh dirawat dan selainnya boleh menyebabkan kemandulan. Kami menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah suami anda dan juga cara-cara untuk meningkatkan kesuburan. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah