
Sulit
5 tahun
Air mani tidak berwarna dan ada kuning-kuning sahaja
Haii doktor saya kerap melancap sudah 7 thun dan pada tahun ini saya mengalami masalah air mani tidak berwarna putih dan kosong adakah saya mandul? Dalam pada masa yg sama air mani saya jugak berwarna kuning saya dpt rasa kuning itu merupakan air kencing saya sbb saya selalu menahan dari membuang air kencing. Boleh doktor bantu saya? Saya malu untuk berjumpa dgn doktor dan memberi tahu perkara sebenar. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air mani yang jernih adalah boleh dikatakan normal dan sihat. Hal ini kerana terdapat banyak komponen yang sebenarnya mempengaruhi warna air mani sehingga menjadi sedikit putih. Akan tetapi, seandainya air mani berubah kekuningan, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat kehadiran air kencing
- Jangkitan prostat (prostatitis)
- Akibat diet ataupun pengaruh pemakanan anda
- Kesan ubat-ubatan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu kesejahteraan anda secara fungsional, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.