Sulit
4 tahun
Air mani yang bertukar menjadi warna coklat
saya ada masalah dengan air mani saya,semenjak ini air mani nya menjadi warna coklat sahaja…seakan macam air manj bercampur dengan darah…macam mana cara untuk selesaikan masalah saya ini…untuk pulihkan balik air mani saya menjadi subur dan baik seperti sebelum ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Masalah prostat
- Masalah saluran reproduksi
- Jangkitan salur kencing
- Masalah batu karang pada salur kencing anda
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah pandangan dan keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Kami tidak dapat memberikan kata putus mengetai cara untuk memulihkan masalah anda disebabkan ia bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor yang memeriksa anda dan maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.

































