muhd.ammar94
5 tahun
Air mazi keluar secara tiba tiba
Air mazi keluar secara tiba tiba menyebabkan sy sukar melakukan pekerjaan…cth, slpas beberapa jam slpas mandi, akn ad kesan air mazi di seluar sy…sy rasa runsing dengan perkara ini Apakah sebab sebab boleh berlaku perkara itu dokter??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini merupakan fisiologi badan yang normal. Ini kemungkinan diakibatkan oleh geseran alat sulit anda dengan pakaian yang ketat. Ini akan menyebabkan rangsangan alat sulit anda dan mengeluarkan air mazi tanpa rangsangan emosi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































