
Sulit
5 tahun
Air mazi mudah keluar
Saya lelaki berumur 19 tahun kerap atau mudah keluar air mazi.apakah punca,kesan dan cara mengubatinya?adakah sebab selalu beronani atau apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mazi biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Oleh itu, sekiranya air mazi and keluar sewaktu anda teransang, ianya bukan satu masalah yang harus dirisaukan kerana ianya normal.
Akan tetapi, pada sesetengah orang pula, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja, iaitu tanpa berasa ada tarikan seksual, air mazi atau air mani tetap keluar. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan samping ubatan
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Air mazi yang keluar bukanlah penyakit, tetapi merupakan keadaan normal yang dapat dikontrol dengan mengenalpasti aktiviti yang boleh merangsang anda dan mengelakkan diri dari berlebihan melakukan aktiviti tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.