
Sulit
5 tahun
Air panas tumpah pada zakar & paha
Hi Doctor, husband sy tengah bancuh air, unfortunately air panas tertumpah & kena pada sebahagian zakar dan paha, sekarang kemerahan. Saya dah lalukan air air pada bahagian yg kena tersebut Dan letakkan aloe vera gel. Apa langkah yang sepatutnya perlu di lalukan ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, anda telah mebuat rawatan yang baik. Anda digalakkan untuk mebiarkan air lalu di kawasan yang terkena air panas selama 15 minit.
Untuk masa sekarang, kerapkan menyapu alue vera pada kawasan yang terkesan. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan pastikan kawasan tersebut kering tetapi lembap.
Namun begitu, kerana ia melibatkan kulit di kawasan sulit, anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Terutama sekali jika kawasan yang terlibat adalah besar, semakin merah, semakin sakit atau tidak dapat rasa lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, permeriksaan lanjut harus dijalankant. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.