
hazimjamari
2 tahun
Air rebusan Kumbang mekah
Mak saya berumur 52, menghidap penyakit darah tinggi dah kolestrol di tahap yang rendah. Saya mendapati mak saya terpengaruh dengan ideologi yang saya kuatiri. Mak saya menyatakan beliau telah menggunakan kumbang tersebut untuk supplement hariannya bagi mengawal tahap penyakit penyakit tersebut. Mak saya menyatakan terdapat penurunan bacaan setelah mengamalkan air rebusan kumbang mekah tersebut. Adakah ini betul dari segi faktor perubatan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya , penyakit darah tinggi boleh dikawal melaui beberapa cara iaitu:
Mengawal cara pemakanan
Bersenam
Melalui ubat ubatan
Kurangkan stress dan sebagainya
Berkaitan dengan cara pengurangan melalui air rebusan kumbang mekah tidak terdapat apa apa bukti bahawa penyelidikan telah dilakukan.Jadi nasihat sepenuhnya tidak boleh diberikan atas hal tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih