Sulit
3 tahun
Air susu berkurang jika mengambil pil desolon?
saya hendak merancang keluar menggunakan pill Desilon,tapi saya sedang menyusukan anak saya yg berusia 8 bulan. adakah air susu saya akan berkurang ? dan ada kah semua kesan2 yg ada itu memang akan terjadi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, ubat ini mungkin tidak selamat untuk digunakan semasa laktasi. Beberapa kuantiti Desolon boleh dikumuhkan dalam susu ibu oleh itu ia boleh mengubah kualiti dan komposisi susu ibu.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih