
Sulit
4 tahun
Akurit-4 Tablet vs 30 mg sildenafil
bolehkan saya makan ubat 30mg sildenafil sekiranya saya juga ada makan ubat Akurit 4 Tablet (dos 3 biji)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, untuk makluman anda, ubat rifampicin dan isoniazid yang merupakan ubat dalam Akurit-4 berinteraksi dengan ubat sildenafil.
Ubat rifampicin boleh mengurangkan tahap ubat tersebut dalam darah darah dan kesannya. Manakala ubat isoniazid boleh meningkatkan tahap dan kesan sildenafil dalam darah. Oleh yang demikian, anda tidak disarankan untu mengambil ubat sildenafil tanpa nasihat doktor anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih