
Sulit
5 tahun
Alahan antibiotic untuk lump di leher
Ruam kemerah-merahan…
Jumpa dr…
Tukar antibiotic lain…
Perlu ke tidak makan ubat antibiotic yg baru tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda disarankan untuk makan ubat antibiotik tersebut untuk menangani masalah benjolan di leher anda. Biasanya, penukaran ubat antibiotik ini dilakukan setelah doktor mempertimbangkan potensi untuk anda mendapat alahan daripada jenis antibiotik yang diberi. Sekiranya masalah yang sama timbul, anda harus kembali ke doktor anda untuk mendapat konsultasi dan rawatan yang berbeza.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.