Sulit
5 tahun
Alahan kulit dyshidrotic eczema
Hi doc . Saya wanita berusia 20 an . Saya ada masalah alahan kulit semasa mengandung dan alahan tu kekal sehingga anak saya berusia satu tahun . Alahan kulit biji air yang kalau pecah lagi kering dan gatal. Saya biasa kena di celah jari dan lagi teruk bila kena dibahagian bibir . Bibir akan jadi gatal dan tebal . Dah banyak krim saya pakai tapi tak berkesan . Hanya sementara saja kesannya . Mohon penjelasan cara nak rawat penyakit ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Penyakit kulit ekzema (Eczema) adalah sejenis keadaan kulit yang bercirikan kegatalan dan keradangan kulit. Kebanyakan orang secara berkesan boleh menguruskan penyakit ekzema dengan rawatan perubatan dan dengan mengelakkan kerengsaan.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk kurangkan simptom eksema ini seperti:
Perubahan gaya hidup
- Penggunaan losyen dan krim disyorkan untuk menjaga kulit lembap.
- Pemampatan sejuk juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan.
- Mengurangkan tekanan atau stress termasuk melakukan senaman pernafasan yang mendalam, mengamalkan yoga, bermeditasi, mendengar muzik, dan mengutamakan tidur malam yang baik.
Ubat-ubatan
- Produk “over-the-counter” (OTC) , seperti krim “hydrocortisone” 1%, atau krim preskripsi dan salap yang mengandungi kortikosteroid, sering disyorkan untuk mengurangkan keradangan.
- Jika kawasan yang terjejas dijangkiti, doktor anda mungkin menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan .
- Ubat “antihistamine” untuk mengurangkan kegatalan yang teruk.
- Ubat “cyclosporine” adalah untuk digunakan apabila rawatan lain tidak berkesan atau penyakit ekzema tidak mempunyai apa-apa tindak balas terhadap rawatan lain.
- Ubat “topical immunomodulators” (TIM) adalah krim kulit yang berfungsi dengan mengubah tindak balas sistem imun badan dengan mencegah “flare-ups”.
- Ubat “immunosuppressants” seperti steroid
Terapi - Rawatan tar
- Fototerapi merupakan sejenis terapi yang menggunakan cahaya “ultraviolet” pada kulit
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih


































