
Sulit
4 tahun
Alahan mengandung yang sangat teruk :sob: sebulan taklarat n takmampu bangun n buat kerja
Saya mengalami alahan/mabok yang sangat² teruk sampai kan nak bangun pun taklarat. Makan taksampai bape minit terus muntah balik… Kepala pening dan sakit sampai ke tengkok… Taklarat sampai rasa nak ketuk kepala dekat dinding

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, alahan semasa mengandung adalah perkara yang biasa dialami oleh wanita hamil terutamanya semasa trimester pertama. Anda diingatkan untuk sentiasa menjaga pemakanan serta jauhi asap rokok dan tidak mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.
Pada masa yang sama, anda perlu memantau gejala yang anda alami. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti:
- air kencing berwarna kuning gelap/berdarah
- tidak kencing langsung lebih 8 jam
- kerap muntah
- tidak mampu makan atau minum selama 24 jam
- badan terlalu lemah, pening dan pitam semasa berdiri
- sakit perut
- sakit ketika kencing
- kehilangan berat badan badan melampau/drastik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih