
Sulit
3 tahun
Alahan ubat jenis nsaids,adakah saya lsyaa layak divaksin?
Saya beeumur 37 thn…saya mngalami alahan ubat jenis nsaids yg sgt teruk,adakah saya layak utk d vaksi ??? Trmah kasih doker

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda semua individu berumur 18 tahun dan ke atas disarankan untuk mengambil vaksin Covid-19, tetapi individu yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubat tidak disarankan untuk mengambil vaksin ini kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk.
Memandangkan anda mempunyai sejarah alahan terhadap ubat NSAIDs, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk menjalankan penilaian risiko dan seterusnya mendapatkan kepastian jika anda boleh mendapatkan vaksin tersebut ataupun tidak. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini