
Sulit
4 tahun
Alami simptom akan datang haid tetapi pada tarikh yg sepatutnya haid saya tidak datang, dan telah genap seminggu lewat haid
hai doc, saya sebelum ini datang haid pada setiap bulan sama ada awal atau lambat 3 ke 4 hari sahaja, tapi bulan ini haid saya tak datang lagi, saya ada berhubungan dengan pasangan dalam tempoh ovulasi sebelum ini dan selepas itu saya alami sakit perut hampir setiap hari dan diikuti keluar cairan putih seperti susu pada awalnya. Dan genap seminggu haid saya lewat,hari ini ada keluar tompokkan darah yg sedikit ketika saya membuang air… Adakah saya berkemungkinan mengandung atau akan datang haid? terima kasih.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.